Jumaat, 30 Disember 2011

Perbincangan Doa Selepas Solat

Huraikan doa-doa yang kamu baca selepas solat, dengan ini dapat berkongsi jenis doa yang dibaca oleh setiap daripada pelawat blog ini.

Antara doa selepas solat:

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”

Segala pautan laman web atau jenis doa hendaklah disertakan pada ruangan komen di bawah.


5 ulasan:

  1. doa itu senjata orang mukmin..sentiasa la berdoa setiap saat terutama selepas solat. berdoa adalah dialog hamba kepada PENCIPTA.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,doa ini sudah mencakupi segala aspek kehendak fitrah manusia kepada ilahi alhamdulillah.....

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. doa menjadikan senjata utama orang yang beriman dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ustazah...moga hidup kita lebih diberkati...

      Padam