Jumaat, 30 Disember 2011

Doa yang dimakbulkan

Perbincangan dan diskusi segal macam doa yang akan dimakbulkan dengan mudah dan cepat.


Terdapat sekurang-kurangnya 16 doa yang cepat dimakbulakan, antaranya adalah malam Jumaat dan juga malam LailatulQadar.

Pelawat yang budiman, sebutkan lain doa yang akan dimakbulkan dengan memberi komen pada tajuk ini, Terima kasih

Perbincangan Doa Selepas Solat

Huraikan doa-doa yang kamu baca selepas solat, dengan ini dapat berkongsi jenis doa yang dibaca oleh setiap daripada pelawat blog ini.

Antara doa selepas solat:

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”

Segala pautan laman web atau jenis doa hendaklah disertakan pada ruangan komen di bawah.


Doa Harian

Doa dalam paparan video

Doa menghadapi peperiksaan

Perbincangan doa dan amalan utama agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” 
 Senaraikan lagi doa-doa lain yang kamu ketahui selai doa di atas, mungkin terdapat doa sewaktu memasuki dewan peperiksaan dan juga saat menjawab peperiksaan itu sendiri

Soalan Doa 1



Apakah maksud Doa Iftitah?

A: Doa yang dibaca selepas Takbiratul Ihram
B: Doa yang dibaca apabila melawat orang sakit
C: Doa yang dibaca apabila mendapat kesusahan
D: Doa diwaktu sembahyang Subuh

Sila jawab dengan memberikan jawapan anda A, B, C, atau D pada ruangan komen dibawah.