Jumaat, 30 Disember 2011

Doa yang dimakbulkan

Perbincangan dan diskusi segal macam doa yang akan dimakbulkan dengan mudah dan cepat.


Terdapat sekurang-kurangnya 16 doa yang cepat dimakbulakan, antaranya adalah malam Jumaat dan juga malam LailatulQadar.

Pelawat yang budiman, sebutkan lain doa yang akan dimakbulkan dengan memberi komen pada tajuk ini, Terima kasih

Perbincangan Doa Selepas Solat

Huraikan doa-doa yang kamu baca selepas solat, dengan ini dapat berkongsi jenis doa yang dibaca oleh setiap daripada pelawat blog ini.

Antara doa selepas solat:

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”

Segala pautan laman web atau jenis doa hendaklah disertakan pada ruangan komen di bawah.


Doa Harian

Doa dalam paparan video

Doa menghadapi peperiksaan

Perbincangan doa dan amalan utama agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” 
 Senaraikan lagi doa-doa lain yang kamu ketahui selai doa di atas, mungkin terdapat doa sewaktu memasuki dewan peperiksaan dan juga saat menjawab peperiksaan itu sendiri

Soalan Doa 1



Apakah maksud Doa Iftitah?

A: Doa yang dibaca selepas Takbiratul Ihram
B: Doa yang dibaca apabila melawat orang sakit
C: Doa yang dibaca apabila mendapat kesusahan
D: Doa diwaktu sembahyang Subuh

Sila jawab dengan memberikan jawapan anda A, B, C, atau D pada ruangan komen dibawah.

Doa ringkas selepas Solat

Doa selepas Solat.


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

    Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

    Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

    Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

    Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

    Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa untuk memudahkan segala urusan

Doa mudah untuk segala urusan.


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Doa ketika ditimpa bencana

Doa apabila ditimpa musibah dan bencana


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.

Doa yang cepat dimakbulkan

Antara waktu doa-doa cepat dimakbulkan
- Lailatul Qadar -
- Hari Arafah -
- Bulan Ramadhan -
- Malam Jumaat -
- Hari Jumaat -
- Pada Saat SolatJum'at -
- Tengah Malam -
- Ketika diserukan Solat -
- Antara Azan dan Iqamah -
- Dalam Pertempuran (Jihad Fisabilillah) -
- Sesudah Solat Fardu -
- Ketika Sujud -
- Saat membaca Al-Qur'an dan sesudah Khatam -
- Ketika minum air zam-zam -
- Dalam Majlis-majlis zikrullah (Majlis Taklim) -


Orang yang makbul doanya:
Berdasarkan hadits-hadits yang akan disampaikan berikut ini, terdapat tujuh kelompok orang yang do’anya pasti diijabah oleh Allah, mereka itu ialah;
1) Orang yang dizhalimi,
2) Orang yang sedang bepergian,
3) Orang Tua kepada anaknya,
4) orang yang shaum,
5) Pemimpin yang adil,
6) Seorang Muslim kepada saudaranya,
7) Anak kepada orang tuanya.

Doa ketika sedih dan menerima dugaan

Doa berdukacita


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku .
 

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Doa keluar masuk Masjid

Doa memasuki Masjid.

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu.

Doa kelua daripada Masjid.


 Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu limpah kurniaanMu. Ya Allah, Peliharalah daku dari syaitan yang direjam.

Doa keluar masuk Tandas

Doa keluar rumah.

Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah.
Doa masuk ke rumah


Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal

Doa keluar masuk Tandas

Doa masuk tandas.


Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina
Doa keluar tandas


Aku memohon keampunan daripadaMu

Doa berkaitan Pakaian

Doa memakai pakaian


Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta

Doa membuka pakaian

Dengan nama Allah.

Doa Tidur

Doa ketika bangun dari tidur


Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa hendak tidur


 Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati.

Video Himpunan Doa

Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran untuk blog ini adalah murid-murid dapat membuat rujukan secara menyeluruh terhadap semua jenis doa dan juga dapat memberikan maklumbalas terhadap setiap doa-doa yang dipaparkan.


Setiap doa bahasa Arab disertakan dengan paparan imej tulisan bahasa Arab supaya murid dapat membaca dan menghafal setiap doa yang dipaparkan. Soalan dan juga makluman lain seperti artikel dan juga gambarajah diharap dapat memberkan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap pengunjung blog.

Ahad, 4 Disember 2011

Tujuan Blog dihasilkan

Blog ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua muslimin dan muslimat dalam menjalani kehidupan seharian sebagai amalan dalam memperoleh keberkatan hidup...InsyaAllah.

Koleksi Doa harian ini merangkumi doa bermula kehidupan pada awal pagi hingga ke malam serta  segala aktiviti harian untuk dijalankan oleh seseorang Mukmin sejati supaya mendapat keberkatan Ilahi. Amin...